Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nik Amar kekal Timbalan MB Kelantan

16 MEI: ADUN Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan untuk penggal kedua.

Selain beliau, sembilan ADUN PAS turut mengangkat sumpah sebagai EXCO di Istana Kota Lama, Kota Bharu hari ini di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Mohammad Fa-Iz Petra.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

Turut hadir pada istiadat mengangkat sumpah ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mengangkat sumpah Khamis lalu.

Seramai enam muka lama dikekalkan sebagai EXCO iaitu ADUN Temangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, ADUN Meranti Datuk Nassuruddin Daud, ADUN Pengkalan Pasir Datuk Hanifa Ahmad,  ADUN Kemahang Datuk Md. Anizam Abdul Rahman dan ADUN Demit, Mumtaz Mat Nawi.

Muka baharu terdiri daripada ADUN Selising Tuan Saripuddin Tuan Ismail,  ADUN Kadok Azami Mohd Noor, ADUN Kijang Dr Izani Husin dan ADUN Pengkalan Kubor Wan Roslan Wan Hamat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 12:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: