Kategori Berita Utama

Nik Aziz hembus nafas terakhir di kediamannya

12 FEB:  Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam Khamis di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira sejam selepas dibawa pulang ke rumahnya di Pulau Melaka apabila tahap kesihatannya semakin merosot selepas menjalani rawatan ulser yang dialaminya pada Rabu.

nik aziz

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-15 Yayasan Pendidikan Cheras di Kuala Lumpur berhenti berucap dan meminta hadirin bersama-sama dengannya membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah.

Sebelum ini, menerusi laman Facebook anaknya, Nik Mohamad Abduh memberitahu, doktor sedang berusaha menstabilkan keadaan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

“Saya tidak pasti samada ayahanda akan dibenarkan pulang pada pagi Jumaat sebagaimana dijadualkan. Saya tunggu pengesahan doktor,” katanya pada petang Khamis.

Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada 20 Januari lalu kerana tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Mursyidul Am PAS itu mengetuai pentadbiran Kelantan dari 1990 hingga 2013.

Sebelum itu kelihatan sanak saudara bekas Menteri Besar Kelantan itu turut kelihatan memasuki rumah beliau yang berhadapan dengan Masjid Pulau Melaka.

Ambulans yang membawa Nik Aziz bertolak dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kira-kira jam 8.40 malam dan tiba di kediaman rumahnya, 15 minit kemudian.

rumah nik azizKetika dibawa masuk ke rumahnya kelihatan Nik Aziz masih memakai alat bantuan pernafasan sambil diiringi keluarga terdekat.

Bagaimanapun beberapa pengawal melarang jurugambar dan wartawan merakam keadaan pemimpin Pas itu ketika diusung dari ambulans.

rumah nik aziz 2

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 10:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: