Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nik Nazmi didesak letak jawatan ketua AMK

20 MEI: Seorang wakil Pemuda PKR (AMK) mendesak pucuk pimpinan sayap itu supaya melepaskan jawatan ketua bersandarkan alasan gagal mempamerkan kepimpinan efektif kepada akar umbi.

Perwakilan dari Melaka, Naqqiuddin Nazrin berkata ianya dibuat susulan kegagalan Nik Nazmi Nik Ahmad tidak turun padang menjelaskan isu-isu berbangkit kepada anak muda.

“Bila kali terakhir Nik Nazmi turun ke Melaka, tak pernah. Kita senyap lesu diserang, isu anak muda kita lambat jawab. Setakat ini saya boleh kata kosong. YB, saya minta maaf terpaksa cakap akibat YB tidak atur program anak muda akhirnya AMK dipandang lembik.

“Pesan saya kepada pemimpin teratas AMK, kalau tidak mampu galas tanggungjawab tunggu apa lagi, letak jawatan, beri orang lain,” kata beliau semasa membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PKR di Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12, Shah Alam, Sabtu.

Mengulas lanjut, Naqqiuddin turut melahirkan rasa kecewa apabila kegagalan pucuk pimpinan AMK tampil membuat penjelasan berhubung dakwaan terbabit dengan rasuah menyebabkan ramai anak muda tidak mahu menyertai sayap itu.

“Saya jumpa anak muda ajak masuk AMK, mereka kata tidak mahu masuk sebab AMK, angkatan muda korup. Rosak sebab rasuah, rosak AMK keseluruhan,” dakwanya.

Kekecewaan Naqqiuddin berkemungkinan berpunca daripada kes mahkamah bekas Ketua AMK Ampang Datuk Adam  Rosly Abdullah yang berhadapan dengan enam pertuduhan memberikan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada April lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 May 2017 4:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: