Kategori Berita Antarabangsa

No peribadi ahli politik Australia tersebar di web

21 Mac: Nombor telefon peribadi sebahagian besar ahli politik Australia secara tidak sengaja diterbitkan di laman sesawang.

Memetik Fairfax Media.com, antara nombor telefon yang terpapar pada laman web kerajaan termasuk nombor telefon mantan perdana menteri negara itu.

Ahli politik Australia semasa persidangan parlimen negara itu.

Difahamkan, maklumat itu terdedah di laman web berkenaan lebih tiga bulan.

Butiran terbabit dikatakan tidak muncul di skrin sehinggalah ia ditonjolkan dengan kursor atau disalin dan ditampal di tempat lain.

Menurut  laporan Fairfax lagi, kesilapan itu memberi kesan buruk terhadap Ketua Pembangkang Bill Shorten dan bekas Perdana Menteri, Julia Gillard.

Bagaimanapun difahamkan lagi, Jabatan Perkhidmatan Parlimen laman web (DPS), maklumat tersebut sudah dibuang daripada laman itu.

Dalam satu kenyataan kepada BBC, laporan yang mengandungi nombor telefon ahli Parlimen dan perbelanjaan data itu dicipta oleh kontraktor swasta, TELCO Management.

“Dalam laporan yang paling terkini yang disediakan oleh kontraktor, berlaku kesilapan yang menjadikan nombor telefon mudah alih rasmi ahli-ahli parlimen dan kakitangan muncul dalam laman web itu walaupun sudah disunting dari fail yang diterbitkan,” kata seorang jurucakap DPS.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 March 2017 1:02 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]