Kategori Berita Utama

Noh ajak Aziz Bari debat sebab dakwa titah Sultan untuk orang Islam sahaja

12 JAN: Tindakan pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak relevan dan terpakai kepada bukan Islam dikecam Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Katanya, Aziz  patut faham bahawa Sultan Selangor bukan sahaja ketua agama Islam tetapi tuanku juga adalah ketua negeri Selangor.

Justeru itu jelasnya, segala titah tuanku perlulah diterima dan terpakai terhadap seluruh rakyat negeri Selangor.

“Memang patut Aziz ni berhenti jadi pensyarah. Jika tidak lebih ramai lagi pelajar akan terpesong dengan dakyah dia.

Dr ABDUL disifatkan mengeluarkan kenyataan tanpa memahami konteks titah Sultan Selangor serta peruntukan undang-undang di bawah Enakmen

Dr Aziz  disifatkan mengeluarkan kenyataan tanpa memahami konteks titah Sultan Selangor serta peruntukan undang-undang di bawah Enakmen

“Dia (Aziz) tidak boleh menganggap titah Sultan Selangor ini hanya untuk bangsa Melayu dan orang Islam sahaja manakala bangsa dan penganut agama lain boleh bertindak sesuka hati dan menderhaka kepada sultan,” ujar beliau.
Menurut Noh, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas bible bahasa Melayu dan Iban baru-baru ini berdasarkan undang-undang sivil iaitu Enakmen Agama Bukan Islam 1988 yang memang dikhaskan untuk bukan Islam.

Justeru itu kata beliau, tidak timbul isu sama ada titah Sultan Selangor hanya relevan kepada orang Islam sahaja kerana dalam hal ini apa yang dilarang adalah pengembangan agama lain terhadap umat Islam.

“Jangan salahguna kebebasan beragama yang diamalkan sekarang. Kita tidak halang amalan mereka yang kita bantah penyebaran kepada umat Islam. Keadaan sekarang ini seperti umat Islam pula yang mengacau agama lain sedangkan mereka yang mengacau agama kita,” katanya.

Noh turut mencabar Aziz berdebat dengan beliau bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung kekeliruan penggunaan kalimah Allah yang sudah berlarutan sekian lama di Selangor.

Aziz sebelum ini berkata titah Sultan berkaitan kepercayaan masyarakat bukan Islam adalah tidak relevan dan oleh itu, tidak terguna pakai ke atas mereka. Menurut beliau, titah itu tidak boleh mengarahkan golongan bukan Islam bagaimana urusan agama mereka perlu dilakukan.

“Saya fikir itu hanya terpakai pada orang Islam sahaja. Ia tak boleh masuk campur atau beritahu orang lain umpamanya orang Hindu atau Buddha bagaimana mereka nak sembahayang,” katanya.

“Jadi titah itu – maaf tak bolehlah – saya fikir ia sudah melepasi garisan,” katanya dalam forum “Polemik ‘Allah’ dan rampasan Bible: Antara undang-undang dan sensitiviti agama” di ibu negara malam tadi. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 January 2014 8:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: