Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jadikan Kajang ‘kubur’ Anwar – Noh

30 JAN: Rakyat Selangor digesa menolak kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali gus menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai kubur kepada calon parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gesaan itu dibuat Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar kerana PKR dilihat terlalu ego dan bersikap kebudak-budakan apabila sesuka hati mengkhianati mandat yang diberi rakyat demi kepentingan politik.

“Sekarang sudah tiba masanya pengundi DUN Kajang menolak dan memberi pengajaran setimpal kepada sesiapa juga calon PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti ego terbabit sedar bahawa rakyat tidak boleh dipermainkan,” katanya, Khamis.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor berkata demikian selepas melancarkan Pasar Tani Khas Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Angan2 AnwarSemalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memohon maaf kepada rakyat Malaysia, terutama pengundi di Kajang kerana langkah yang diambil parti itu mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di saat sedang berdepan masalah ekonomi akibat peningkatan kos sara hidup.

“Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu yang dilihat seolah mahu menunjukkan PKR merasa bersalah sedangkan semua itu rancangan mereka.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan mengaku beliau yang bertanggungjawab menyusun langkah politik drastik PKR itu sebagai satu strategi radikal untuk parti itu serta pakatan pembangkang merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN), khususnya menobatkan Anwar yang semakin kesuntukan masa sebagai perdana menteri.-bnbbc.my

Undi Anwar Tempah Neraka

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2014 3:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: