Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Noh jemput Azmin bertanding di Tanjong Karang

7 JULAI: Datang ke Tanjong Karanglah, lebih baik, saya jemput dia datang ke Tanjong Karang, kata Tan Sri Noh Omar yang menyindir tapi serius merujuk hasrat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Pekan pada PRU ke-14 nanti.

Noh yang juga ahli Parlimen Tanjong Karang menyifatkan hasrat Azmin itu menyusahkan dirinya kerana sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin boleh memilih mana-mana kawasan parlimen di negeri itu untuk bertanding pada PRU akan datang.

“Apa masalah nak bertanding jauh sampai ke Pekan, Tanjong Karang lagi dekat.

“Beritahu Azmin, sebagai Menteri Besar jangan pening-pening kepala nak bertanding di Pekan, datang ke Tanjong Karang lah, tak payah kacau ke Pekan.

“Sebab dia Menteri Besar Selangor, jadi bertanding dekat Selangorlah. Kalau tak ada tempat nak bertanding datang ke Tanjong Karang. Selamat datang ke Tanjong Karang,” ujar Noh dalam nada sinis tapi tegas.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata demikian ketika melawat Hospital Tanjong Karang, pada Jumaat.

Semalam, Hospital Tanjong Karang telah mengalami kebakaran kecil dan puncanya telah dikenal pasti akibat litar pintas elektrik.

Awal minggu ini, Azmin telah menzahirkan hasrat untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang wakil rakyatnya disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada PRU lalu, Azmin telah menang kerusi Parlimen Gombak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 July 2017 10:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: