Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Noh Omar gesa wujudkan Jabatan Media Sosial

5 OGOS : Media sosial kecoh apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba ‘viralkan’ kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak akan mengumumkan perletakan jawatannya dalam satu sidang media.

Perbuatan itu sama sekali tidak bertanggungjawab dan serentak itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, logo media sosialDatuk Seri Noh Omar menyarankan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mewujudkan sebuah Jabatan Media Sosial bagi menyampaikan penerangan serta maklumat yang tepat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu mahu jabatan itu juga berperanan menangkis fitnah dan tohmahan yang begitu berleluasa di laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp yang begitu pantas tersebar.

“Penggunaan media sosial begitu meluas sekarang tetapi tidak ada satu jabatan yang khusus untuk membantu kerajaan membetulkan persepsi rakyat.

“Saya dah lama suarakan cadangan ini agar satu jabatan khusus yang menguruskan media sosial untuk menyampaikan maklumat secara bersepadu kepada rakyat dapat diwujudkan,” katanya selepas perasmian Majlis Penyerahan Cek Teman Tekun, Rabu.

noh omar lagiMenurutnya, pembangkang lebih mendahului kerajaan dalam menguruskan media sosial kerana mereka mempunyai pasukan lengkap seperti Red Bean Army.

“Bila kita tak ada satu pasukan media sosial yang kuat, kita tak dapat menangkis serangan daripada pembangkang dan kita juga tidak berjaya membunuh persepsi orang ramai terhadap kerajaan yang disebar melalui media sosial,” tegasnya.

Beliau tidak menafikan wujud beberapa pasukan media sosial yang menyokong kerajaan namun katanya, tidak cukup kuat dan bersepadu dalam menangkis fitnah dan tohmahan yang disebarkan.

Sebelum ini, Perdana Menteri sendiri turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemas undang-undang bagi menangani fitnah yang banyak tersebar menerusi media sosial.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 11:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: