Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Noraini tanya apa status GMBO?

Menyedari mungkin ada yang terlepas pandang dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 25 Oktober lalu, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad bertanya tentang status program Get Malaysian Bussines Online (GMBO).

Program berkenaan yang dilancarkan melalui Bajet 2013 bertujuan melatih 50 ribu usahawan mikro terutamanya wanita.

“Kerajaan ada memperuntukkan sejumlah wang sebanyak RM50 juta bagi melatih mereka di mana mereka ini akan

Sama nama tapi tak serupa...ada juga pelan perniagaan swasta dengan nama GMBO

Sama nama tapi tak serupa…ada juga pelan perniagaan swasta dengan nama GMBO

diperuntukkan RM1,000 seorang melalui satu skim yang dinamakan Get Malaysian Business Online atau GMBO,” kata Noraini ketika membahaskan usul menyokong Bajet 2014 yang dibentangkan Najib.

Noraini prihatin dengan usaha bantu peniaga wanita

Noraini prihatin dengan usaha bantu peniaga wanita

Objektif utama GMBO ialah untuk melonjakkan perniagaan dan taraf hidup mereka.

Sehubungan itu, Noraini minta pihak kementerian berkenaan (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) untuk memberikan laporan terkini tentang program GMBO ini, sama ada mecaai matlamat ditetapkan atau tidak.

“Dalam beberapa kali soalan saya sebelum ini, dimaklumkan bahawa jumlah usahawan itu belum tercapai. Jadio jika masih ada lagi peruntukan mungkin proram ini boleh diteruskan atau distrukturkan semula agar lebih efektf,” tegas beliau.

Hujah beliau lagi, sahawan wanita jika dibimbing boleh memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Ini kerana bancian Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2011 menunjukkan 197, 092 orang atau 17.7 peratus daripada semua syarikat perniagaan di negara ini dimiliki oleh wanita.

Namun kajian juga menunjukkan daripada jumlah itu, hanya 10 peratus sahaja yang mempunyai laman sesawang mereka sendiri untuk mempromosikan produk masing-masing.

“Jumlah ini saya anggap masih kecil jika dibandingkan dengan trend gobal yang rata-ratanya menuju ke aras perniagaan atas talian. Jadi saya cadangkan kementerian berkenaan kenalpasti syarikat yang berpotensi untuk dibimbing hingga mencapai potensi sebenar dan produktiviti optimum masing-masing,” kata Noraini yang hujahnya turut disokong beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang termasuk Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Pas Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.-30/10/2013

 

Peruntukan GMBO disalurkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

Peruntukan GMBO disalurkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 October 2013 8:42 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: