Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Notis amaran jika tak asingkan sampah

5 OGOS: Notis amaran dan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengasingkan sisa pepejal untuk dikitar semula, jelas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Jelasnya lagi, kompaun yang akan dikenakan itu masih lagi di peringkat perbincangan, namun ia akan berkuatkuasa pada September ini berikutan perlaksanaan Pengasingan Sisa di Punca (Seperation of Source).

sisa pepejal“Kita sedang giat memberi pendidikan awam kepada rakyat apa sebenarnya tujuan kita dalam mewujudkan dasar mewajibkan pengasingan barangan kitar semula, dan kita nak ajar mereka bagaimana nak asingkan barangan kitar semula tersebut supaya bila kita wajibkan pada 1 September nanti rakyat sudah bersedia dan tahu bagaimana mekanisme yang terbaru untuk digunakan.

“Bila kita sudah memberi pendidikan dan penjelasan mengenai perkara tersebut, selepas itu, kita akan bagi amaran kepada mereka yang tidak mengasingkan barangan kitar semula, tidak lama selepas itu, kita juga akan mengenakan kompaun yang kita tetapkan pada mereka yang tidak mematuhi arahan,” katanya kepada BNBBC.my.

Menurutnya lagi, perlaksanaan peraturan baru itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa yang ketika ini semakin meruncing.

Katanya, dengan kaedah itu juga dapat mengurangkan kos untuk memproses beribu tan barangan kitar semula yang sebelum ini diasingkan secara manual.

Datuk Abdul Rahman Dahalan“Kalau kita longgokkan semua nanti kita terpaksa mengasingkan berpuluh ribu tan sampah untuk dikitar semula secara manual, jadi adalah lebih baik kita gunakan pendekatan untuk mengasingkan daripada awal bagi menyenangkan semua pihak.

“Dan dengan kurangnya kerja itu nanti, kita akan lebih fokus dengan menjadi lebih cekap dalam kadah terbaru yang kita akan laksanakan,” katanya lagi.

Tambahnya, perlaksanaan sisa di punca ini juga akan menjadikan rakyat Malaysia lebih bertamadun sekaligus menunjukkan tanda aras yang tinggi sesebuah negara dalam mencapai status negara maju pada 2020.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 12:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: