Kategori Berita Utama

NTP tingkatkan pendapatan rakyat, basmi kemiskinan tegar

23 MEI: Perlaksanaan Program Transformasi Negara (NTP) telah berjaya membantu meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat Malaysia sekaligus merancakkan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, negara berjaya mencapai Pendapatan Negara Kasar per Kapita pada tahap AS$10,010, sekali gus berjaya merapatkan jurang 33 peratus pada tahun 2010 (AS$8,230), kepada hanya 18 peratus ketika ini.

“Maksudnya, pelaksanaan NTP oleh Kerajaan sebenarnya adalah satu usaha penting untuk membantu meningkatkan pendapatan dankuasa beli rakyat Malaysia yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan laporan tahunan NTP di Shah Alam, pada Selasa.

Pada masa yang sama, menurut Najib, sebanyak 2.26 juta pekerjaan baharu pula berjaya diwujudkan iaitu 69 peratus daripada sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020.

Justeru itu, kata Najib, kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 0.6 peratus tiga tahun lalu.

Tambahnya lagi, berdasarkan kepada statistik terkini yang bakal dikeluarkan September ini, kadar itu dijangka mengecil lagi.

“Sementara itu, kemiskinan tegar sebenarnya telah hampir disifarkan kesemuanya.

“Kerajaan ini juga telah berupaya mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak daripada 41 peratus pada 2009, kepada 14.7 peratus pada 2016, dengan mempelbagaikan sektor ekonomi sebagai sumber pendapatan negara,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 May 2017 11:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: