Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

NUJ bimbang RUU anti-berita palsu sekat wartawan

26 MAC: Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia berkata Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Berita Palsu berkemungkinan menyekat kebebasan pengamal media.

“RUU itu mempunyai kesan yang meluas kepada media kerana hukuman berat boleh dikenakan terhadap sumber, penerbit dan pembiaya serta memaksa sesebuah organisasi media memadam artikel.

“Meskipun sasaran adalah pihak yang membuat berita palsu, organisasi media juga berkemungkinan disekat,” kata Setiausaha Agungnya, Chin Sung Chew yang dipetik.

Tambahnya, Seksyen 8(3) undang-undang yang dicadangkan itu membolehkan kerajaan mengarahkan bahan yang dianggap mengancam keselamatan negara dipadam.

“Arahan seperti ini tidak boleh dicabar di mahkamah dan kita sangat bimbang jika ia disalah guna,” jelasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2018 8:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: