Kategori Berita Utama

Nur Misuari sakit, polis tolak khabar angin ancaman di Sarawak

18 FEB : Orang ramai tidak dinasihati tidak mempercayai khabar angin bahawa Sarawak berkemungkinan berdepan ancaman gerakan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari yang baru saja mengumumkan akan mewujudkan Republik Bangsamoro.

Ketika mengingatkan demikian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa sedang memantau rapi perkembangan di Selatan Filipina itu termasuk dakwaan kemungkinan Nur Musuari berada di Sarawak.

nurmisuari

Nur Misuari

“Maklumat yang kami terima Nur Misuari ini dia sakit…oleh itu jangan dengar khabar angin. Kami sedang memantau rapi perkembangan di Selatan Filipina.

“Bukan sahaja di Sarawak, di pantai timur Sabah juga kita pastikan keselamatan di sana terjamin,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid menegaskan, bahawa perjumpaan pemimpin-pemimpin parti politik luar terutama negara yang berdepan konflik atau sebarang aktviti berkaitan mereka di Malaysia sentiasa dipantau pihak berkuasa.
Sebagai negara bebas, sesiapa sahaja yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh memasuki negara ini.

“Kita memang tidak menggalakkan mereka mengadakan perjumpaan di negara ini  tetapi tentunya aktiviti-aktiviti mereka akan dipantau dengan rapi,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Profesor Negara di Bukit Aman di ibu negara Selasa.

Khalid mengulas cubaan bunuh dengan menembak dua pemimpin parti politik Myanmar termasuk Pengerusi Parti Pembangunan Kebangsaan Rakhine (RNDP), Dr Aye Maung di kawasan Bukit Bintang, minggu lalu.

Tindakan itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap siasatan yang dikendalikan beliau berkaitan konflik antara penganut Islam dan Buddha di Rakhine dan Yangon, Myanmar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2014 5:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: