Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nurul dan suami tak nafi kes cerai, cuma mohon privasi

23 JAN: Walaupun pada awalnya menafikan dakwaan beliau memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akhirnya akur setelah mengetahui media sudahpun mendapat pengesahan melalui pemeriksaan rekod mahkamah.

Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim hanya memohon agar media dan semua pihak menghormati privasi mereka sekeluarga.

Statement Nurul n HubbyDalam kenyataan melalui laman sosial Twitter dan Facebook pada Khamis, Nurul Izzah dan Raja Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan suaminya Raja Ahmad Shahrir meminta mereka diberi ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi.

Kenyataan itu turut menyebut, pasangan berkenaan meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak tertentu yang mengganggu privasi dikala mereka sedang berusaha mempertahankan perkahwinan yang sudah berusia lebih 10 tahun itu.

“Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini,” katanya dalam kenyataan bersama, yang turut dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris.

Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta telah mengesahkan Nurul Izzah ada membuat permohonan cerai secara fasakh (membubarkan perkahwinan) pada akhir Disember lalu.

Suaminya pula dikatakan telah menerima notis tuntutan tersebut pada 16 Januari lalu dan memohon prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan.

Sebutan kes tersebut akan didengar semula pada 8 Februari depan di hadapan hakim Ab Malek Awang.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 January 2014 5:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: