Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nurul Izzah dan suami muncul di mahkamah

6 MAC: Baru-baru ini gempar pasal mereka mahu bercerai tetapi kehadiran anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar dalam suasana mesra menarik perhatian petugas media di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi Khamis.

nurulizahsuami1

Ceria…pasangan Nurul Izzah dan Raja Ahmad. Foto HIEKAL ROSLI

Ramai tertanya-tanya apakah kehadiran mereka berdua, yang berjalan seiringan, membawa makna baik, iaitu kes cerai cara baik yang bakal didengar 11 Mac ini ada kesudahannya.

Nurul Izzah sempat berjenaka dengan mengatakan “you guys so nosy…” ketika wajahnya dan suami dirakam.

Kes penceraian mereka akan didengar semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 11 Mac ini.

Itu tarikh yang ditetapkan pada 18 Febuari lalu ketika peguam Nurul Izzah memberitahu mahkamah anak guamnya masih mencari penyelesaian terbaik dengan sang suami.nurulizahsuami

Ketika sebutan pertama kes pada pertengahan Januari lalu, Raja Shahrir telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun.

Diharap kehadiran mereka berdua memberi makna jodoh masih panjang.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2014 3:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: