Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nurul Izzah ke Permatang Pauh?

17 APRIL: Puteri reformasi, Nurul Izzah Anwar dijangka bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Beliau turut memaklumkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding salah sebuah kerusi di Lembah Klang.

“Namun pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi,” lapor The Star.

Nurul Izzah adalah penyandang Ahli Parlimen Lembah Pantai sejak 2008 dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil disebut-sebut akan mengantikan beliau di kerusi berkenaan.

Spekulasi Naib Presiden PKR itu dikatakan bakal berpindah kawasan parlimen bermula sejak tahun lalu.

Sementara itu, Saifuddin turut mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu serta kerusi DUN di Pulau Pinang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 5:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: