Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Op BAH serbu disko geng Borneo

27 JAN: Sebuah kelab malam ‘geng Borneo’ di Jalan Pudu yang beroperasi sehingga awal subuh diserbu awal pagi tadi dalam satu operasi bersepadu Op BAH (Banteras Aktiviti Haram) diketuai Kementerian Wilayah Persekutuan.

Ketua Penyelaras operasi, Azman Mahmod berkata, pemilik kelab malam itu sepatutnya beroperasi sehingga jam 2 pagi namun didapati melanggar syarat lesen sehingga 6 pagi.

Kelab malam (foto hiasan).

Laporan Utusan Online menyebut bahawa rata-rata pengunjung kelab malam terdiri daripada rakyat Sarawak dan Sabah yang bekerja di ibu negara, selain dikunjungi orang beragama Islam.

“Seramai 59 orang diperintahkan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan di bawah Seksyen 43 (penyubahatan) dan Seksyen 19 (minuman memabukkan) di bawah Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya hari ini.

‘Selain itu, resit serta papan tandanya juga tidak mempamerkan nama dan nombor pendaftaran yang didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” kata Azman.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2018 7:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: