Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Op Banteras Rimau: 249 remaja, kanak-kanak ditahan polis

13 OGOS: Seramai 249 remaja dan kanak-kanak ditahan dalam Op Banteras Rimau yang diadakan sempena temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata remaja berusia 10 hingga 17 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu selama tiga jam bermula 7 petang, selepas polis menerima maklumat awam terdapat sekumpulan remaja didakwa mengancam keselamatan dan pelancong sekitar kawasan itu.

Sukri berkata pihaknya turut merampas senjata seperti pisau dan buku lima yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah seperti samun, selain menemui dadah daripada beberapa remaja yang ditahan.

“Polis mahu mewujudkan suasana aman terutama sempena KL2017 dan berharap remaja ini menjaga tingkah laku dan menghormati pengunjung serta pelancong,” katanya kepada media.

Temasya KL2017 akan berlangsung secara rasmi dari 19 hingga 30 Ogos, melibatkan beberapa lokasi pertandingan termasuk Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beliau berkata kesemua remaja akan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk proses dokumentasi dan ujian air kencing.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 August 2017 10:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]