Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Operasi disusun semula ekoran objek besar dikesan satelit China

23 MAC : Dengan petunjuk baru objek besar yang diserap satelit China yang didedahkan semalam, operasi mencari MH370 disusun semula pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

AMSA dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya kini mencari kedudukan objek berkenaan berdasarkan gambar satelit China dan ia terlepas pandang ketika pencarian semalam walaupun kemudiannya tidak menemui serpihan terbabit.

Pakar mempercayai bentuk dan saiz objek berkenaan berukuran 22 meter x 13 meter mungkin bahagian sayap pesawat Boeing 777.

Radar MH370Gambar satelit China itu diambil dua hari selepas gambar satelit Australia menunjukkan objek lain berukuran 24 meter panjang dalam laut kira-kira 1,400 kilometer barat daya Perth, Australia.

Maklumat mengenai penemuan objek itu yang dikesan oleh satelit pemerhati China “Gaofen-1” kira-kira 12 tengah malam pada 18 Mac waktu Beijing telah disampaikan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa beliau mengadakan sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang, Sabtu.

Sementara itu Perdana Menteri Australia, Tony Abbot menyuarakan keyakinan bahawa harapan untuk mengetahui nasib pesawat MH370 yang hilang sejak 16 hari lalu semakin meningkat dengan penemuan beberapa serpihan yang tidak diketahui di kawasan pencarian.

Katanya, walaupun masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan, tetapi penemuan beberapa petunjuk yang sahih meningkatkan lagi harapan untuk mengetahui nasib pesawat itu.

Beliau menyatakan harapan itu selepas penemuan tiga objek di Laut Hindi oleh satelit Australia dan satelit China, dipercayai serpihan pesawat MH370

Kapal perang tentera laut Australia, HMS Success tiba di lokasi pencarian dua serpihan yang dikesan oleh satelit negara itu di Laut Hindi, hari ini.

Rangkaian televisyen BBC melaporkan, kapal berkenaan mempunyai keupayaan untuk memungut sebarang jenis serpihan yang ditemukan.

Awal minggu lalu, satelit syarikat telekomunikasi Australia mengesan dua objek besar di Laut Hindi, dipercayai milik pesawat MH370. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 March 2014 11:44 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: