Kategori Ekonomi

Operasi Malindo Air kekal di KLIA

7 NOV: Operasi syarikat penerbangan Malindo Air tidak akan dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, pengendali penerbangan tambang murah itu dibenar operasi di KLIA sebagai langkah untuk memastikan pertumbuhan syarikat lebih mampan serta memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada penumpangnya.

“KLIA dan kLIA2 adalah terminal yang boleh mengendalikan operasi penerbangan bagi perkhidmatan penuh (FSC), perkhidmatan tambang murah (LCC) atau perkhidmatan hibrid.

“Dalam hubungan ini, berasaskan model operasi perkhidmatan penerbangan, syarikat penerbangan bebas memilih untuk beroperasi di mana lapangan-lapangan terbang di Malaysia yang boleh mengendalikan jenis pesawat penerbangan tersebut,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di Dewan Rakyat, Selasa.

Terdahulu Dr Latiff meminta kementerian menyatakan sama ada operasi Malindo akan dipindahkan ke KLIA2 seperti syarikat pengendali tambang murah lain di negara ini.

Malindo Air yang memulakan operasi di KLIA sejak 15 Mac 2016, menyediakan perkhidmatan penerbangan FSC dan turut menyediakan perkhidmatan penerbangan secara ‘interlining’ dengan 38 syarikat penerbangan antarabangsa lain.

Syarikat penerbangan itu pernah beroperasi di KLIA2 pada 2014, namun kemudiannya membuat keputusan untuk beroperasi di KLIA.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 November 2017 12:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: