Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lagi sindiket edar dadah guna kurier dibongkar

3 MAC: Satu lagi taktik sindiket dadah menggunakan perkhidmatan kurier terbongkar apabila seorang lelaki warga asing ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 545 gram di hadapan pejabat kurier di Nilai, Negeri Sembilan.

Suspek yang berumur 35 tahun oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada Februari lalu dan dipercayai hendak menggunakan perkhidmatan kuriier tersebut bagi tujuan mengedar dadah kepada pelanggan-pelanggannya.

STING Bukit Aman Suspek merupakan seorang pelajar di institusi pengajian swasta tempatan dan penahanannya membawa kepada serbuan di sebuah apartment di Petaling Jaya, Selangor di mana polis menemui plastik kecil berisi daun-daun kering dipercayai ganja seberat 173 gram.

Semua dadah yang dirampas itu dianggar bernilai RM115,000 dan suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Aktiviti penyeludupan dadah berkenaan berjaya ditumpaskan hasil kerjasama antara Pasukan Khas Siasatan Bersepadu JSJN Bukit Aman dan Drug Enforcement Agency (DEA) dalam ‘Op Bass’ yang dilancarkan bagi membanteras pengedaran dadah merentasi sempadan.

Menurut polis dalam satu kenyataan melalui laman Facebook rasmi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) saki-baki ahli-ahli sindiket lain yang masih aktif kini sedang diburu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 March 2014 2:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: