Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ops Bersepadu Tahun Baru Cina bermula

12 FEB : Ops Bersepadu Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina bermula hari ini membabitkan lebih 3,000 anggota dan pegawai penguatkuasa.

LTL OPSOperasi membabitkan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Antara operasi yang dilakukan adalah menempatkan anggota di lokasi statik di setiap 30 kilometer jalan utama negeri di seluruh negara secara 24 jam, 16 jam dan lapan jam, ” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seriaes Liow Tiong Lai dalam ucapan perasmian majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya peringkat kebangsaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Menurutnya, operasi selama 15 hari itu akan memberi perhatian utama dan tegas dalam mengurangkan kadar kemalangan serta kematian berbanding tahun sebelumnya.

“Selain itu, operasi ini turut membabitkan pemeriksaan rawak, penyamaran, penguatkuasaan motosikal, mengawal aktiviti ulat tiket, pemasangan lampu mata arah dan nasihat keselamatan jalan raya,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 12:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: