Kategori Berita Utama

Ops Cantas Trafik dilancar buru pesalah trafik

23 NOV: Lagi satu Ops Cantas besar-besaran dilancarkan polis di seluruh negara, tetapi kali ini bukan untuk memberkas ahli kongsi gelap yang ganas atau anggota kumpulan jenayah terancang.

Sebaliknya ini adalah Ops Cantas Trafik yang bertujuan menjejaki pesalah lalu lintas.

Fasa pertama Ops Cantas Traffik itu, yang bermula Khamis lepas mensasarkan lebih 251, 000 pesalah trafik tegar, pemandu kenderaan berat dan penunggang motosikal.

MISI utama Ops Cantas Trafik ialah memburu 251 ribu pesalah lalulintas tegar yang punya 15 saman ke atas.

MISI utama Ops Cantas Trafik ialah memburu 251, 273 pesalah lalu lintas tegar yang punya 15 saman ke atas.

Menurut Pemangku Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff, dalam Ops Cantas Trafik ini, anggota polis akan menjejaki pesalah trafik yang mempunyai lebih daripada 15 saman tertunggak di rumah masing-masing dengan membawa waran tangkap.

Mohd Fuad berkata pihak polis telah menyediakan waran tangkap kepada 215,000 pesalah trafik tegar berkenaan.

“Kami sedang bekerja sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan alamat individu berkenaan bagi memastikan 251, 273 pesalah trafik ini menerima notis,” kata Mohd Fuad yang juga Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur.

Selain itu, polis juga akan menahan pesalah trafik berkenaan dalam sekatan jalan raya yang akan diadakan mulai minggu hadapan, katanya.

Dalam sekatan jalan raya, pesalah trafik biasa yang tidak tergolong dalam kategori tegar turut tidak akan terlepas, tambah Mohd Fuad.

Namun beliau menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang kerana pesalah trafik biasa akan diberi peluang menjelaskan saman walaupun ditahan.

“Objektif utama operasi ini ialah mahu pesalah trafik ini membayar saman mereka,” tegasnya.

“Selepas ditahan dalam sekatan jalan raya, pemandu akan dibawa ke balai polis. Sekiranya mereka enggan membayar saman, mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis bersama seorang penjamin,” katanya.

Bagi yang mahu mencabar kes saman mereka atau memohon bayaran yang lebih rendah dikenakan, polis akan memberikan tarikh baru.

“Kami mahu memastikan semua kontinjen polis di setiap negeri bersiap sedia untuk menjalankan operasi dengan sebaik mungkin,” katanya.

Mengenai aduan orang ramai tentang kesukaran menyemak saman di portal rasmi polis, Mohd Fuad berkata terdapat beberapa alternatif lain untuk berbuat demikian.

Antaranya ialah dengan melayari laman web www.myeg.com.my, www.rilek.com.my, pejabat-pejabat pos dan di mesin ATM Maybank.

“Orang ramai juga boleh menyemak saman mereka di beberapa pusat beli belah terpilih atau pergi terus ke mana-mana kaunter polis trafik atau di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Pada 2008, polis trafik telah menjejaki 96, 000 pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertunggak dalam Ops Warta VII.

Bagaimanapun, jumlah itu kini telah meningkat hingga lebih daripada 1.7 juta.

Saman kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagaimanapun tidak termasuk dalam Ops Cantas Trafik ini, kata Mohd Fuad.-BNBBC.my

Operasi dilancar babitkan semua kontinjen negeri di seluruh negara.

Operasi dilancar babitkan semua kontinjen negeri di seluruh negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 November 2013 11:51 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: