Kategori Berita Utama

Ops PATI 21 Jan: Majikan kena tanggung kos hantar pulang

9 JAN : Hanya berbaki  kira-kira 11 hari untuk majikan yang menggaji pekerja secara haram mendaftarkan pekerja mereka sebelum Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu pekerja asing tanpa izin selepas tamatnya Program Khas Pengurusan Parti (PKPP) pada 20 Januari ini.

Bukan sahaja pekerja akan dihantar pulang ke negara asal tetapi majikan kena tanggung segala urusan penghantaran kerana kerajaan tidak mahu membazirkan wang rakyat bagi tujuan tersebut.

patiMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi tersebut akan melibatkan Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak berkuasa tempatan.

“Tepat jam 12.01 tengah malam (21 Januari) kita akan melancarkan operasi penguatkuasaan kepada semua pekerja asing dan majikan yang menggaji pekerja yang tiada dokumen sah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran I- Kad di Putrajaya, Khamis.

Menurut beliau, KDN tidak akan berkompromi dengan mana- mana majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka kerana tempoh yang panjang untuk berbuat demikian telah diberikan.

“Kita sudah beri tempoh tiga bulan kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka. Jadi kita akan berkompromi dalam hal ini lagi,” katanya.

Seramai 2.3 juta pekerja asing yang sah diwajibkan memiliki I-Kad selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Zahid berkata, kad tersebut amat penting bagi membezakan warga Malaysia dengan warga asing yang bekerja di negara ini.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 January 2014 12:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: