Kategori Uncategorized

Orang dalam dipercayai bantu penculik di Singamata Reef Resort

4 APR: Kes culik terbaru yang berlaku di Singamata Reef Resort, dua batu nautika dari Semporna, Sabah, malam kelmarin dilakukan oleh kumpulan penjenayah yang menjadikan penculikan sebagai kerjaya bagi mendapatkan wang tebusan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Kata Hamza, ia sama seperti insiden pembunuhan dan penculikan sepasang pelancong suami isteri warga Taiwan di Pulau Pom-Pom, juga di Semporna, tahun lepas.

“Cuma kali ini mereka tidak menembak mangsa. Setakat ini belum ada sebarang tuntutan wang tebusan,” kata Hamza.

Datuk Hamza Taib Pesuruhjaya Polis SabahKatanya lagi, pihak polis mengenal pasti kumpulan-kumpulan tertentu dalam usaha mereka untuk mengesan kumpulan lelaki bersenjata berkenaan bagi menyelamatkan dua wanita yang diculik itu.

“Ia kelihatan seperti kumpulan penculikan untuk wang tebusan atau ‘kidnap for ransom’ (KFR) yang merupakan dalang kepada insiden ini.

“Kumpulan ini menculik mangsa dan kemudian menjualnya kepada kumpulan-kumpulan lain,” tegas Hamza.

Sebelum itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kebarangkalian bahawa sesetengah pihak mahu mencemarkan hubungan antara Malaysia dan China berikutan penculikan berkenaan seolah bertepatan dengan kehilangan pesawat MH370.

Najib menyifatkan kejadian penculikan itu sebagai serius dan telah mengarahkan semua agensi penguatkuasaan berkaitan menangani kes itu serta-merta.

Najib Abbott with SAR team“Keutamaan kami adalah bagi memastikan keselamatan tebusan,” kata Najib kepada wartawan Malaysia di Perth, Khamis,sejurus selepas sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbot berhubung misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.

Polis setakat ini telah merekodkan kenyataan daripada 49 pekerja resort dan 61 pelancong (59 warga China, seorang warga Iran dan seorang rakyat Malaysia) bagi membantu siasatan.

Polis juga percaya tujuh lelaki bersenjata terbabit mendapat “bantuan orang dalam” berdasarkan keadaan sekeliling resort yang tidak mudah dimasuki terutama pada waktu malam, kerana ia dipasang dengan rentangan tali.

10152397_10150490004699945_351062874_n“Sesiapa yang ingin memasuki kawasan resort itu perlu dibawa atau dibenarkan masuk oleh kakitangan Singamata Reef Resort.

“Resort ini di atas air, macam resort di Kapalai. Ia dikelilingi sistem halangan seperti rentangan-rentangan tali supaya bot-bot tidak mudah masuk.

“Hanya orang yang betul-betul mahir (dengan resort itu) sahaja yang tahu dan masuk dengan melalui alur-alur di situ untuk elak enjin bot tersangkut,” kata Hamza.

Polis juga percaya penculikan itu dilakukan secara rambang kerana ketika kejadian, pelancong wanita warga China yang menjadi mangsa itu sedang menggunakan telefon bimbit di anjung biliknya, yang menjadi laluan kumpulan penculik itu ke bot mereka yang berlabuh di belakang resort berkenaan.

“Kita percaya mangsa ini tidak lagi berada di Semporna atau di Sabah sebaliknya telah berada di sebelah Filipina,” katanya.

Mengenai kawalan keselamatan pihak berkuasa, Hamza menjelaskan bahawa anggota polis menjalankan rondaan di resort berkenaan empat hingga lima kali seminggu.

Sekiranya pasukan polis tidak ke sana, pihak resort biasanya akan menghubungi sekiranya mendapati ada perkara-perkara yang mencurigakan.

Polis tiba di resort berkenaan kira-kira jam 11 malam, setengah jam selepas kejadian itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 April 2014 8:55 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: