Kategori Berita Utama

Orang Kajang mai tengok apa Anwar buat di Permatang Pauh

12 FEB : Penduduk Kajang dijemput beramai-ramai ke Permatang Pauh melihat dan meninjau sama ada ahli parlimennya Datuk Seri Anwar Ibrahim membela hak dan memberi keselesaan orang ramai di kawasannya itu.

Jemputan ini disuarakan oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid sebelum penduduk Kajang membuat keputusan memilih Ketua Umum PKR itu yang bakal bertanding dalam PRK DUN Kajang 23 Mac nanti. .

“Beginilah, saya rasa lebih elok kalau rakyat di Kajang datang ke Permatang Pauh. Lihat sendiri kawasan dia.

“Pembangunan yang ada kami (Barisan Nasional) buat dulu, sejak PKR pegang dari ( Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Ismail) sehinggalah ke dia, tidak ada pembangunan yang dibuat, macam itu jugalah..jadi saya jemput rakyat Kajang datang sini dan lihat bagaimana dia bela dan pertahan hak rakyat,” katanya kepada bnbbc.my.

anwarkajangBeliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang akan bertanding di Kajang kononnya bertujuan untuk membela dan mempertahankan hak rakyat.

Jelas Jahara lagi, Anwar bertanding di Kajang atau di mana-mana sahaja tidak pernah berlandaskan perjuangan untuk rakyat, sebaliknya lebih untuk memuaskan kehendak peribadi untuk mencapai cita-cita beliau dalam bidang politik.

“Ini semua sebab dia nak kalih (alih) perhatian salah yang dia buat. Dia cuba berlagak hero di Kajang pula sehingga ADUN Kajang (Lee Chin Cheh) sanggup melepaskan kedudukan beliau untuk bagi kepada Anwar, samalah macam dia minta Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh yang dulu itu..tapi apa yang dia buat?

“Itu cuma nak penuhkan nafsu dia sahaja, tak ada pun nak berkhidmat kepada rakyat. Ini namanya eksploitasi kuasa dan demokrasi semata-mata untuk penuhi impian dia beliau,” luahnya.

JAHARA...Lim Guan Eng ada satu minggu.

JAHARA…Apa Wan Azizah dan Anwar dah buat? 

Jahara kesal dengan sesetengah orang ramai yang terlalu ghairah menyokong pemimpin mereka namun gagal menilai hakikat yang sebenar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin meminta rakyat untuk lebih bijak menilai di antara khidmat kerajaan dan juga pembangkang.

Beliau juga turut melihat bahawa Anwar bertanding di Kajang hanyalah untuk memastikan beliau mendapat kemenangan dan kekuatan seperti yang diidamkan Ketua Pembangkang itu.

“Soal di Kajang, sudah jelas beliau mahu tambah kuasa dan kekuatan, dia bertanding di Kajang untuk mendapat tiket dan laluan mudah menjadi Menteri Besar, saya rasa semua orang tahu itu.

Bung-Mokhtar300

Bung Mokhar…Anwar mahu kuasa dan kekuatan sahaja

“Kalau di Permatang Pauh pun dia gagal bela hak rakyat, bagaimana pula kalau di Kajang nanti,” katanya.

Anwar di dalam forum ‘Legasi Tunku Abdul Rahman’ pada Isnin berkata bahawa keputusan beliau bertanding di Selangor adalah untuk masa depan generasi penduduk di Selangor.

“Ruang yang kita gunakan baik di Kajang dan di Selangor tidak lain daripada usaha kita untuk berikan signal yang jelas bahawa perang ini bukan Anwar battle atau perang Keadilan, (sebenarnya) Pakatan Rakyat nak tunjuk bahawa kita tegas bahawa setiap anak Melayu, anak Cina, anak India dan anak orang Asli di Selangor ini akan kita pertahankan hak mereka.

“Ini bukan perkara baru, ini hal-hal yang sudah termaktub dalam Perlembagaan harus kita perkukuhkan dalam semangat Perlembagaan dan ia tentu lebih kuat kalau kita cuba ungkapkan semula beberapa pertimbangan prinsip yang diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman,” kata Anwar dalam forum tersebut tersebut.-bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2014 9:30 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: