Kategori Berita Antarabangsa

Orang kaya Arab Saudi digugur senarai Forbes

8 MAC: Majalah Forbes mengeluarkan semua hartawan Arab Saudi daripada senarai tahunan manusia terkaya dunia selepas puluhan ahli perniagaan negara itu ditahan dalam satu operasi anti rasuah pada tahun lalu.

Kebanyakan mereka dibebaskan selepas mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa bahawa aset bernilai lebih AS$100 bilion (RM390 bilion) dirampas menerusi perjanjian itu.

Putera Alwaleed bin Talal

Majalah berkenaan berkata seramai 10 hartawan Arab Saudi yang berada dalam senarai tahun lalu, termasuk yang ditahan dalam operasi seperti Putera Alwaleed bin Talal yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$18.7 bilion (RM66.57 bilion) dan Mohammed al-Amoudi yang hartanya bernilai AS$8.1 (RM31.65 bilion).

“Dengan penjelasan lebih baik mengenai kekayaan mereka, sebahagiannya mungkin kembali ke dalam senarai,” lapor Reuters.

Bagaimanapun, Edisi Asia Barat majalah itu dalam satu kenyataan berasingan berkata kekayaan hartawan Arab Saudi dipercayai bertambah daripada AS$42.1 bilion (RM164 bilion) tahun lalu disebabkan peningkatan harga minyak dan pasaran modal secara global, tetapi dikecualikan disebabkan laporan rampasan aset.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 9:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: