Kategori Berita Utama

Orang luar bukti dan iktiraf kemampuan kerajaan BN

11 FEB : Sekalipun pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap kerajaan Barisan Nasional, (BN) dari segala sudut baik politik, sosial mahupun ekonomi, kerajaan tetap bekerja demi tanggungjawap yang diamanahkan rakyat.

Sebelum ini, pembangkang dengan lantang mengutuk dan meracuni pemikiran rakyat bahawa ekonomi Malaysia menghala ke arah krisis ekonomi susulan penurunan harga minyak mentah dunia dan penyusutan nilai ringgit.

JPMMalah, pembangkang sentiasa saja mencari dan mencipta pelbagai ruang bertujuan menggoyahkan keyakinan rakyat terhadap keutuhan kerajaan BN dalam meniti laluan sukar demi pembangunan dan kemajuan untuk rakyat sekaligus mencapai hasrat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Tidak semuanya mampu dijawap atau diulas segera, namun yang pasti, kerajaan tetap bekerja dan buktinya tidak perlu ditunjukkan kerajaan sebaliknya dilakukan agensi penarafan antarabangsa tersohor.

Moody’s Analytics, dalam laporannya hari ini, berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2014 dijangka mengatasi unjuran agensi itu sendiri berikutan sektor pembinaan dan pengeluaran teknologi membantu mengimbangi kelembapan dalam sektor tenaga.

“Anggaran 5.3 peratus kami mungkin pada nilai yang rendah, dan pengukuhan dalam pengeluaran teknologi dan pembinaan membantu mengimbangi kelembapan dalam sektor tenaga,” kata Pakar Ekonomi Moody’s Analytics berpangkalan di Sydney, Matthew Circosta.

moody's analycticMenurutnya, Pengeluaran Industri yang mencatat prestasi kukuh pada 2014, menunjukkan peningkatan risiko dalam keputusan unjuran KDNK Malaysia bagi suku keempat yang akan diumumkan esok.

Indeks Pengeluaran Industri Malaysia berkembang 7.4 peratus pada Disember 2014 berbanding bulan sama pada tahun lalu, terutama berikutan pertumbuhan positif dalam semua indeks pembuatan, perlombongan dan elektrik.

Menurut laporan itu, bacaan 5.6 peratus atau lebih akan bermakna pertumbuhan KDNK mencecah enam peratus untuk seluruh 2014, tidak termasuk pemulihan daripada kemelesetan global pada 2010, sekaligus akan menandakan keputusan terbaik untuk Malaysia sejak 2007.

Nah, tidak cukup jelaskah bukti analisis yang dibuat agensi penarafan antarabangsa itu untuk rakyat Malaysia terus-terusan goyah dan percaya dengan mainan serta hamburan fitnah pembangkang terhadap kerajaan.

Apakah kerajaan perlu membogelkan semua strateginya dalam memelihara kekukuhan negara terutama membabitkan syarikat-syarikat berkepentingan strategik dan sekaligus memudahkan ‘musuh-musuh’, baik jauh mahu pun dekat merencanakan pelan menjahanamkan Malaysia.

Lalu, silalah gunakan akal dan seterusnya menilai apakah diri kita ini begitu mudah termakan racun yang tidak membunuh namun menghakis kuasa bangsa.

Tepuk dada, tanyalah selera.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 6:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: