Kategori Berita Utama

Orang Melayu perlu terus dibimbing bukan diperlekeh selar Noh

14 JAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyelar dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperlekehkan sendiri masyarakat Melayu dengan menyifatkan budaya kaum itu penyebab mereka ketinggalan.

Ujarnya, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya perlu meneliti dan melihat kekayaan masyarakat di negara ini termasuk orang Melayu yang turut tersenarai sebagai jutawan.

Selain itu katanya, orang Melayu juga perlu terus dibimbing supaya maju dalam pelbagai aspek.

“Kalau orang Melayu malas tidak mungkin anaknya , Tan Sri Mokhzani Mahathir juga turut tersenarai antara jutawan di negara ini.

“Adakah anak beliau sahaja yang rajin? Ramai juga yang berjaya.Kerana itu kita perlu terus membimbing mana-mana individu yang berpotensi, bukannya terus menyalahkan dan membiarkan mereka,” katanya ketika ditemui dalam majlis Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Petaling Jaya hari ini.

Dr Mahathir ketika menjadi ahli panel pada program Bicara Wawasan 2020 semalam mendakwa kaum Melayu tidak komited, tidak rajin, kadangkala kurang amanah dan sering mencari jalan mudah dalam bidang pekerjaan, sekaligus membantutkan proses kemajuan.

Beliau berkata orang Melayu harus mencontohi budaya orang Jepun yang rajin bekerja dan malu dengan mutu kerja yang tidak memuaskan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 January 2018 6:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: