Kategori Berita Utama

PAC cadang panggil Menteri Pendidikan

27 NOV: Walaupun Kementerian Pendidikan sudah mengambil tindakan terhadap kelemahan soal keselamatan di sekolah, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpendapat ianya masih tidak mencukupi.

Justeru itu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed bercadang untuk memanggil Menteri Pendidikan bagi  mendapat penjelasan lanjut.

“Tadi kita terima kunjungan Timb. Ketua Setiausaha Kementerian (TKSU) yang telah memberikan penjelasan tetapi ada beberapa perkara PAC berpandangan isu penswastaan keselamatan di sekolah ada kelemahan dari segi pengurusan.

“Walaupun telah diambil tindakan oleh kementerian, tetapi ianya tidak mencukupi. Memandangkan kos keselamatan disekolah bertambah setiap tahun dan akan sentiasa bertambah kerana jumlah sekolah bertambah, PAC bercadang memanggil menteri untuk memberi penjelasan yang lebih,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PAC khas membincangkan soal keselamatan di institusi pendidikan, Rabu.

nurjazlan1

NUR JAZLAN…tidak puashati penjelasan

Menurut Jazlan, keputusan memanggil menteri tidak bermaksud terdapat ketirisan menguruskan kontrak keselamatan, tetapi PAC berpendapat perlunya satu tindakan yang lebih tegas bagi mengelakkan kontroversi.

“Perlaksanaan ini perlu diperketatkan lagi untuk mengelakkan ketirisan. Kita memanggil menteri untuk menunjukkan keseriusan kita untuk mengelakkan kontroversi diluar.

“Banyak kelemahan dari pelaksanaan dan sikap. Penjelasan TKSU kurang memuaskan dari segi kesungguhan kementerian untuk menguruskan kontrak keselamatan.

Ditanya mengenai siapa menteri yang akan dipanggil oleh PAC memandang Kementerian Pendidikan mempunyai dua menteri, Jazlan berkata terpulang kepada kementerian sama untuk memutuskan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau menjangkakan perbincangan diantara PAC dan Menteri Pendidikan akan diadakan pada awal tahun depan dengan mengambil kira kesibukan menteri berkenaan.

Selain itu, PAC merasakan soal keselamatan ini tidak hanya tertumpu kepada ancaman anasir luar tetapi isu gejala sosial dikalangan pelajar sekolah juga perlu diberi perhatian yang lebih khusus.

“Anak-anak kita perlu selamat dari anasir yang tidak baik seperti penagihan dadah. Oleh sebab itu, tugas pengawal sekolah akan lebih berat kerana menjadi mata dan telinga untuk cikgu besar bagi mengelakkan perkara tersebut.

“Pengawal keselamatan memainkan peranan untuk mengawal kejadian-kejadian ini dan mereka juga mestilah terlatih,” tegas beliau. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 November 2013 4:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: