Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pak Guard didakwa bunuh pegawai Ambank

Bekas pengawal keselamatan, Laode Ardina Laude Rasila, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, 23 Oktober lalu.

Tertuduh yang berasal dari Sulawesi didakwa membunuh mangsa di dalam bangunan AmBank cawangan USJ Subang Jaya pada jam di antara 6 dan 6.30 petang.

Laode Ardina didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

SUSPEK UTAMA kes tembak pegawai AmBank cawangan Subang Jaya direman tujuh hari mulai Ahad.

SUSPEK UTAMA kes tembak pegawai AmBank cawangan Subang Jaya dihadapkan ke mahkamah pada Selasa.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua iaitu melepaskan tembakan menggunakan senjata ‘pump gun’ dengan niat menyebabkan kematian mangsa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret KB Elena Hong Tze Lan dalam prosiding pagi Selasa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun dan Muhamad Asyraf Md Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta. -19/112013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 November 2013 1:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: