Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pak Guard didakwa Isnin

Suspek utama kes bunuh pegawai AmBank Subang Jaya yang ditahan pada 10 Nov di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor akan didakwa Isnin ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, tidak menyatakan di mahkamah mana suspek akan didakwa.

DIKAWAL KETAT...suspek tiba di Mahkamah Majistret PJ jam 3.18 petang dengan dikawal angota UTK.

DIKAWAL KETAT…suspek tiba di Mahkamah Majistret PJ jminggu lalu untuk perintah reman.

Dalam kejadian pada 23 Oktober, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 11 November, polis menemui senjata api jenis ‘pump gun’ yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari bank berkenaan.-16/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 November 2013 5:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: