Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pak Lah, isteri selesai tanggungjawab

9 MEI: Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah, mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas, hari ini.

Kedua-duanya tiba di pusat mengundi pada jam 8.30 pagi sambil diiringi calon BN Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Selesai mengundi, Abdullah kemudiannya mengambil kesempatan beramah mesra dengan pengundi sebelum beredar pulang.

Sementara itu, Reezal bersama isteri, Datin Seri Ismalina Ismail, dan anak perempuannya, Awliyatul Imani, 22 tahun, mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Pei Yu.

Memetik laporan Astro Awani, Reezal berkata beliau menjangkakan peratusan keluar mengundi pada kali ini melebihi 80 peratus susulan ramai keluar menunaikan tanggung jawab masing-masing pada sebelah pagi.

“Dengan petunjuk awal ini, saya yakin peratusan keluar mengundi kali ini berada pada paras yang agak tinggi juga, cuma mungkin tidak setinggi 2013 iaitu 91 peratus, antara yang tertinggi di Malaysia waktu itu.

“Saya menjangkakan sekitar 80 peratus boleh dicapai. Ini akan menyaksikan bahawa proses demokrasi berjalan dengan amat baik dan segar di bumi Kepala Batas ini,” katanya hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Reezal yang juga penyandang kerusi berdepan Dr Zaidi Zakaria dari PKR dan Siti Mastura Muhammad (PAS).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 May 2018 12:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: