Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pakatan Harapan kini pertubuhan sah

17 MEI: Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (PH), selepas badan itu membatalkan notis pembubaran sementara PPBM, berkuat kuasa semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata keputusan membatalkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 5 April itu dibuat selepas RoS menerima maklumat yang diminta daripada PPBM, sebelum ini.

“Di bawah Seksyen 14(6), RoS boleh membatalkan notis di bawah Seksyen 14(5) apabila maklumat yang diminta itu diberikan.

“Keputusan dicapai selepas pertimbangan ke atas maklumat yang dikemukakan pihak PPBM yang diterima ROS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alwi berkata berikutan itu, permohonan pendaftaran PH juga diberikan kelulusan selaras dengan Seksyen 7, akta yang sama, berkuat kuasa semalam.

“Justeru, PPBM dan PH boleh menjalankan aktivitinya selaras dengan objektif dan perlembagaan berdaftarnya serta menjalankan setiap urusan mengikut Akta 335,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 5:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: