Kategori Berita Utama

Pakatan Harapan sedia kemungkinan PPBM jadi parti haram

18 NOV: Pakatan Harapan bersedia dengan kemungkinan pendaftaran PPBM dibatalkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 berlangsung, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau bagaimanapun berkata perkara itu bukan baharu kerana situasi sama pernah dilalui DAP pada 2013.

“Tidak ada masalah jika Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) buat tindakan mengejut,

“Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam menanganinya,” katanya selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Kuantan, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, ADUN Semambu, Lee Chean Chung dan Teruntum, Sim Chon Siang.

Pada Jumaat, RoS dilaporkan berkata parti serpihan UMNO itu berkemungkinan dibatalkan tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA serta menangguhkan mesyuarat agung tanpa mengikut perlembagaan parti.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah berkata beliau akan mengarahkan kepimpinan PPBM supaya segera menyelesaikan konflik dalaman mereka.

Sebelum ini, DAP berdepan masalah serupa menjelang PRU-13, namun pada 18 April 2013, RoS mengesahkan bahawa calon mereka masih boleh menggunakan logo parti memandangkan pendaftaran tidak terbatal.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 November 2017 8:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: