Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pakatan Harapan sasar 15 kawasan parlimen Johor

9 JULAI: Pakatan Harapan menyasarkan 50 kawasan Parlimen yang berpotensi untuk dimenangi serta dikekalkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata kawasan-kawasan itu termasuk 15 di Johor antaranya Parlimen Johor Bahru, Pasir Gudang, Tebrau, Sembrong, Tanjung Piai, Labis, Segamat, Sekijang, Pulai dan Sri Gading.

“Ada antara kerusi ini dimenangi Barisan Nasional dengan majoriti tipis pada pilihan raya lalu dan kita yakin dapat menang besar, ” katanya selepas pelancaran kempen Jom Bina Semula Negara di Johor Bahru, hari ini.

Kenyataan optimis bekas Setiausaha Agung PKR itu di kawasan parlimen Johor dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa pembangkang dikesan memindahkan pengundi ke negeri itu.

Pada ketika ini, Pakatan Harapan mempunyai 74 kerusi Parlimen di seluruh negara hasil daripada kombinasi PKR, DAP, PAN dan PPBM.

Di Johor, hanya enam kerusi dikuasai mereka iaitu, Kulai, Gelang Patah, Kluang, Batu Pahat dan Pagoh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 July 2017 11:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: