Kategori Berita Antarabangsa

Palestin boikot produk Israel

11 FEB : Jawatankuasa Kebangsaan Palestin mengumumkan langkah tegas memboikot produk keluaran enam syarikat utama Israel di seluruh Tebing Barat bermula hari ini.

“Tindakan memboikot produk Israel perlu menjadi strategi yang jelas dan konsisten. Ia juga adalah sebagai tindak balas terhadap keputusan Tel Aviv yang berterusan membekukan hasil cukai milik Palestin,” kata Ketua jawatankuasa, Mahmoud al-Aloul.

boikot israelPeruncit katanya, diberi tempoh dua minggu untuk menarik balik kesemua produk dihasilkan firma Tnuva, Strauss, Osem, Elite, Prigat dan Jafora.

Ketua Pihak Berkuasa Kastam Palestin, Ibrahim al-Jazarah pula memberitahu, bahawa mereka akan menyelia pelaksanaan arahan itu di kawasan di mana kesemua produk tersebut dihantar secara terus kepada peruncit.

Biro Statistik Palestin menganggarkan seramai 2.7 juta penduduk Palestin menghuni Tebing Barat dari sejumlah hampir 5 juta populasi warga Palestin di antara Sungai Jordan ke Mediterranean tidak termasuk lebih sejuta lagi di Israel.

Palestin adalah antara lokasi dikenalpasti mencatatkan jumlah populasi berkembang terpantas di dunia dengan statistik menunjukkan lonjakan sehingga 30 peratus sejak sedekad lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 1:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: