Kategori Berita Utama

PAN akui Husam dalam perancangan sebagai MB Kelantan

4 JULAI: PAN menafikan dakwaan bahawa mereka sedang bertegang urat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang susulan lagaknya yang terlebih sudu dari kuah dengan menamakan Datuk Husam Musa sebagai bakal Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan berjaya menawan negeri itu pada PRU ke-14.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi parti, Khalid Samad menganggap ianya adalah reaksi spontan Ahli Parlimen Gelang Patah itu ketika berada dalam satu ceramah di Kelantan minggu lalu.

“Siapa cakap PAN marah? Saya tak ada dengar pun PAN marah dengan DAP,” dakwanya ketika dihubungi BNBBC.my portal, Selasa.

Pada Isnin lalu, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub menunjukkan reaksi kurang senang dan mempersoalkan tindakan Kit Siang mengenepikan semangat persahabatan Pakatan Harapan dengan mengumumkan  Husam yang juga ADUN Salor sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika berjaya menawan negeri berkenaan.

Sementara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam tidak menolak bahawa Husam termasuk dalam perancangan PAN sebagai calon Menteri Besar Kelantan.

“Kita tahu Husam dipecat PAS, beliau datang kepada kita. Lagipun beliau berpengalaman dalam selok belok politik Kelantan.

“Kalau dilihat dari segi kredibiliti Husam layak diangkat bakal Menteri Besar masa hadapan. Memang ada dalam perancangan kita, dan kita akan umumkan nanti,” jelasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 July 2017 3:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: