Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PAN Johor boikot Konvensyen PH

7 JAN: PAN Johor tidak hadir ke Konvensyen Pakatan Harapan (PH ) di Shah Alam hari ini sebagai protes terhadap keputusan berhubung pembahagian kerusi parlimen oleh pimpinan tertinggi parti malan tadi.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan.

Tambah beliau, PAN sebelum ini meminta lima kerusi, namun hanya diberi hanya dua kerusi sahaja iaitu Parit Sulong dan pulai.

“Kita minta lima kerusi parlimen tapi dapat dua kerusi sahaja. Parit Sulong dan Pulai sahaja.

“Kita ingat tak payah datang. Semua pemimpin PAN Johor tak datang, ” kata ADUN Parit Yaani itu.

PH memuktamadkan pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia dalam rundingan yang selesai pada jam 8.30 malam tadi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2018 11:49 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: