Kategori Berita Utama

PAN macai DAP, takkan nak beri amaran kepada PAN

10 JAN: Setiausaha Agung PAN Anuar Tahir mempertahan kenyataan Lim Guan Eng yang didakwa memberi amaran kepada PAN supaya tidak memperbesar isu pembahagian kerusi Parlimen yang telah diputuskan PH.

Anuar ketika dihubungi BNBBC.my portal pada Rabu berkata tiada krisis yang berlaku mengenai perkara itu malah diterima baik oleh semua parti termasuk PAN.

“Kenyataan itu tak betul, bukan sampai macam itu. Tak ada krisis langsung sebenarnya dalam menentukan PM, TPM, isu pembahagian kerusi dan sebagainya,” katanya yang menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Guan Eng semalam yang memberi amaran kepada kepemimpinan PAN supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti serpihan PAS itu sepatutnya memberi tumpuan kepada strategi yang jelas bagi menghadapi BN pada PRU14.

Dalam masa yang sama Anuar turut menolak tindakan akar umbi PH yang tidak berpuas hati dengan pencalonan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebagai satu krisis besar.

“Kalau tak puas hati itu biasa tapi kami tiada krisis langsung,” ujarnya lagi.

Sebaik sahaja pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah tentang pencalonan Perdana Menteri dan Timbalannya, akar umbi parti gabungan itu bangkit menyatakan ketidakpuasan hati tentang perkara itu.

Antaranya PKR Selangor yang begitu lantang menolak Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Anuar turut berkata yang DAP tidak akan memberi amaran seperti itu kepada PAN berikutan dakwaan banyak pihak yang PAN merupakan ‘barua’ DAP

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 January 2018 12:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: