Kategori Berita Utama

PAN pertahan Guan Eng perlu kekal sebagai Ketua Menteri

17 FEB: PAN bertindak mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan meminta supaya jawatan Ketua Menteri yang disandang Lim Guan Eng kini dikekalkan.

Menurut Pengarah Komunikasi PAN Khalid Abdul Samad, ia bertujuan supaya Guan Eng dapat menzahirkan prestasinya dengan lebih baik setelah memegang jawatan itu selama dua penggal.

“Pada saya jawatan Ketua Menteri yang dipegang Lim Guan Eng itu perlu dikekalkan, walaupun ada masalah yang dihadapi, tetapi ia boleh menjadi lebih baik untuk menzahirkan prestasi bagi memajukan Pulau Pinang,” katanya kepada BNBBC.my portal. pada Sabtu

PH dikatakan akan membincangkan mengenai had tempoh perkhidmatan ketua menteri dan menteri besar di negeri yang dinaungi mereka.

Guan Eng yang dipetik portal The Malaysian Insight bagaimanapun berkata perkara itu perlu dibincangkan di peringkat Majlis Presiden terlebih dahulu.

Tambah Khalid lagi, ianya tiada keperluan untuk meletakkan had selama dua penggal terhadap jawatan Ketua Menteri kerana bidang kekuasannya berbeza dengan jawatan Perdana Menteri.

“Jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar tidak sama seperti Perdana Menteri. Perdana Menteri boleh menguasai SPRM, Jabatan Peguam negara dan sebagainya. Tapi Ketua Menteri tidak, ” ujarnya lagi.

Bagaimanapun jelas Khalid lagi ia terpulang kepada pihak kerajaan negeri sama ada ingin mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri untuk penggal seterusnya atau tidak.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata perkara itu tidak boleh dilaksanakan sekarang kerana ia akan menimbulkan huru-hara di kalangan pengundi pada waktu berkempen Pilihan Raya Umum nanti.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 February 2018 12:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: