Kategori Berita Utama

PAN selar Kit Siang namakan Husam

3 JULAI: PAN menyelar tindakan DAP menamakan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan tanpa perbincangan jika Pakatan Harapan berjaya menawan negeri itu pada pilihanraya umum.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tidak pernah membangkitkan isu itu bersama.

“Kit Siang tidak pernah berbincang dengan kami berkenaan isu Menteri Besar Kelantan, malah isu itu juga belum pernah dibincangkan dalam kalangan kami, kita hanya bincang mengenai isu rakyat untuk memastikan kemenangan parti.

“Kit Siang hanya bercakap isu siapa calon Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.

Pada minggu lalu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu dilaporkan yakin bahawa Husam boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara jika memegang jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata cadangan menamakan Husam hanyalah satu pandangan peribadi Kit Siang dan PAN tidak terikat.

“Ramai yang layak, kita ada satu kumpulan kepemimpinan hari ini, yang penting kita tidak menonjolkan diri, kita bekerja untuk rakyat,” bekas Naib Presiden PAS itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 July 2017 2:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: