Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hujah berbaur politik, MP boleh dipinggir Dewan

23 NOV: Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang cuba mempolitikkan hujah berkenaan fahaman ‘atheis’ dibidas oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurutnya, Khalid perlu menerima hujah dengan  pemahaman politik, memandangkan soalan tambahan yang kemukakan menyentuh isu semasa berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum itu wakil rakyat PAN itu meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi menyatakan pandangan kerajaan berkenaan penerapan agama Islam  di negara ini, namun rasuah dan penyelewengan terus berlaku.

Khalid juga mendakwa fahaman atheis terus menular disebabkan pemerintah tidak ikhlas untuk menentang rasuah, sebaliknya menggunakan Islam sebagai alat untuk kekal memerintah.

Perkara itu kemudiannya dibidas Asyraf  yang menjelaskan bahwa kenyataan Pengarah Komunikasi PAN itu ibarat ludah ke muka sendiri.

“Sewaktu bersama dengan parti sebelum ini yang banyak gunakan Islam, dia yang mengatakan kerajaan tolak Islam, dan sekular tapi hari ini, bila dia pindah kem, tinggalkan rakan-rakan lain…” katanya.

Sejurus itu, Khalid terus bangun mencelah dan berkata bahawa Asyarf tidak boleh menjawab sedemikian kerana menyentuh peribadinya sebagai ahli parlimen.

Bagaimanapun Asyraf berkata beliau perlu menjawab melalui kaedah itu kerana susulan pertanyaan yang dikemukakan berbentuk politik.

Sementara Pandikar menyokong pendirian Asyraf dan berkata Khalid perlu memberi laluan kepada timbalan menteri untuk membuat penjelasan tanpa sebarang gangguan.

“Kalau begini tabiat Yang Berhormat saya akan berunding dengan timbalan yang lain supaya kalau ada yang berhormat nak berhujah walaupun baik, timbulkan kekecohan kami akan pura-pura tak nampak.

“Saya jemput sebab nampak isu penting, kalau kecoh saya tak panggil Yang Berhormat untuk berhujah,” ujar Pandikar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 November 2017 1:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: