Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pandikar sedia debat Perjanjian Malaysia

27 NOV: Speaker Dewan Rakyat mencabar mana-mana pihak termasuk ahli parlimen yang mahu berdebat dengannya berkenaan isu Perjanjian Malaysia  1963.

Menurut, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berdasarkan peraturan mesyuarat 15, beliau  tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan isu Perjanjian Malaysia dibahas dalam sidang parlimen.

“Saya pro Sabah dan Pro Malaysia. Kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada 54 tahun lalu sebagai sebuah negara merupakan satu kebaikan.

“Oleh sebab itu, bukanlah sebab angkuh, saya kata siapa yang mahu berbahas dengan saya secara terbuka berkenaan sejarah penubuhan Malaysia, saya sedia berdebat pada bila-bila masa, saya sedia,” katanya.

Pandikar (foto) berkata demikian ketika melancarkan buku terbaharunya bertajuk ‘Berpisah Tiada’ yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, Isnin.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai sebarang niat serta untuk mengambil perkara yang menjadi hak negeri berdasarkan Perjanjian Malaysia.

Pada sidang DUN Sabah minggu lalu, tiga usul untuk membahaskan isu Perjanjian Malaysia yang difailkan wakil rakyat pembangkang ditolak.

Keputusan penolakan usul itu adalah berikutan semakan hak keistimewaan Sabah sudah diluluskan terlebih dahulu manakala hasilnya akan diserahkan kepada pemimpin kerajaan di peringkat Persekutuan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 November 2017 9:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: