Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pangsapuri penjawat awam di Putrajaya terbakar

29 JAN: Satu unit pangsapuri kuarters penjawat awam di Presint 16, Putrajaya terbakar kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Che Shaari Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.15 malam.

Katanya, seramai 23 pegawai dan anggota bersama empat kenderaan bomba tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Sebaik saja tiba di lokasi, kami dapati bilik tidur utama di unit pangsapuri yang berada di tingkat empat itu terbakar.

“Kerja pemadaman api dilakukan menggunakan dua saluran hos air iaitu satu saluran ke dalam bangunan, manakala satu lagi pancutan dari luar.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.35 malam,” katanya dipetik media.

Che Shaari berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2018 8:12 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: