Kategori Berita Utama

Panjang atau pendek tempoh berkempen bukan penentu segalanya

8 MAC: Tempoh berkempen sehingga 21 hari atau tiga minggu dilihat tidak lagi relevan memandangkan berkhidmat kepada rakyat dan kawasan adalah tidak mengira masa.

Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata untuk mendekati pengundi bukanlah hanya semasa berkempen semata-mata sebaliknya ia adalah sesuatu yang berterusan iaitu sepanjang lima tahun diberi mandat oleh rakyat sebelum ini.

“Kepada wakil rakyat sekarang ini sosial media ada, berita ada semuanya bebas maksudnya kalau mana-mana wakil rakyat yang tidak buat kerja semenjak jadi wakil rakyat 10 hari ke 20 hari ke tidak membawa apa-apa perbezaan.

Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari beramah mesra bersama ahli qariah masjid dan surau Parlimen Setiawangsa pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra & Permuafakatan Masjid & Surau Parlimen Setiawangsa 2018

“Kerana kalau kita nak kempen pun contohnya hanya boleh Isnin hingga Jumaat, siang orang tak ada bila malam lepas Isyak dan Isyak pun lewat 8.40 ke 8.45 macam tu pukul 9 lebih baru habis, lepas tu kita ada dua tiga jam untuk dengar ceramah itupun pendek, bila dah 12 tengah malam dah takde orang.

“So tak banyak benda yang boleh dilakukan saya cakap bukan tak boleh tapi boleh tetapi sebagai wakil rakyat kita telah melakukan secara berterusan sejak lima tahun yang lepas,” katanya selepas majlis ramah mesra dan permuafakatan masjid dan surau Parlimen Setiawangsa yang dihadiri seramai 250 orang, malam tadi.

Tambahnya dengan kecanggihan teknologi masa kini tiada lagi perkara yang boleh dirahsiakan kepada rakyat sehubungan itu mereka sudah tentu boleh menilai apa yang telah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang.

“So rakyat dah boleh buat keputusan dah sebab sudah banyak informasi yang ada pada dia contohnya di Parlimen boleh tengok melalui youtube, RTM live dah boleh tengok segala-galanya tiada rahsia

“Jadi tak perlulah tempoh kempen terlalu lama 10-12 hari sudah cukup memadai,” katanya lagi.

Jelas Fauzi sekarang pun mana-mana parti atau individu sudah boleh mula berkempen tanpa menunggu parlimen dibubarkan dan apa yang penting adalah memohon permit untuk mengadakan kempen.

Mengulas mengenai pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, bagi beliau ia adalah perkara normal disaat menjelangnya pilihan raya.

“Saya sebagai wakil rakyat kita buat kerja apabila dah musim-musim macam ini adalah biasa untuk orang memburukkan saya tak tau apa sebab pun tapi sebagai wakil rakyat siapa jua yang akan buat keputusan kepada kerja-kerja yang telah saya lakukan.

“Untuk mengelak mana-mana orang tidak mengutuk kita macam mana caranya orang yang tak buat apa-apa pun bukan lagi bebas atau kebal daripada dikutuk atau dikata oleh orang, pada saya itu normal yang penting kita telah melakukan kerja kita.

“Pengundi warga kota saya lihat sudah letih melihat krisis politik tiada berkesudahan, yang penting mereka telah lihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sepanjang menjadi wakil rakyat. Jadi kriteria calon itu juga memain peranan besar kepada pengundi,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 5:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: