Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

“Papagomo” diperintah bayar RM800,000 kepada Anwar Ibrahim

28 FEB: Wan Muhammad Azri Wan Deris, lelaki yang didakwa sebagai penulis blog “Papagomo” oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintahkan membayar gantirugi sebanyak RM800,000 kepada Ketua Umum PKR itu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rosilah Yeop, Jumaat, meskipun Muhammad Azri tetap menafikan beliau adalah penulis blog “Papagomo”.

Jumlah itu adalah “diskaun” sebanyak RM200,000 berbanding jumlah RM100,000 yang dituntut oleh Anwar.

Bagaimanapun, Muhammad Azri turut diperintahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM50,000 kepada Anwar.

Papa kena gomoWan Azri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) portal berita KLPOS diwakil oleh peguam Jasbeer Singh manakala Anwar diwakili oleh peguam N. Surendran dan Latheefa Koya.

Wan Azri dalam kenyataan pembelaannya menjelaskan tidak pernah mengendalikan blog persendirian selain MalayRights.blogspot sejak Julai 2013.

Bagaimanapun Hakim Rosilah membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes manakala defendan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Dalam afidavit saman fitnah yang difailkan beliau pada 21 Mac tahun lalu, Anwar turut memohon perintah mahkamah bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan dan imej fitnah berkenaan beliau.

Anwar mendakwa Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog Papagomo pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013 serta mengaitkan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu dalam video fitnah.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2014 12:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: