Kategori Berita Antarabangsa

Park Geun-hye dibicarakan hari ini

23 MEI: Bekas pemimpin Korea Selatan, Park Geun-hye, dijangka hadir di mahkamah hari ini, bagi menghadapi tuduhan rasuah dalam skandal yang menyebabkan penyingkiran beliau daripada jawatannya.

Geun-hye berdepan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan menerima rasuah daripada beberapa ahli perniagaan.

Bagaimanapun, Geun-hye menafikan tuduhan itu dan dijangka mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan berkenaan. Perbicaraan itu berlangsung dalam tempoh dua minggu selepas pilihan raya presiden diadakan dan Moon Jae-in dipilih sebagai presiden baharu Korea Selatan.

Sebelum ini, Jae-in berjanji untuk bertindak tegas terhadap ahli perniagaan atau chaebol yang melakukan jenayah dan melantik penyiasat berpengalaman untuk mengetuai pejabat pendakwaan kes bekas pemimpin itu.

Geun-hye dijangka tiba di Mahkamah Daerah Tengah Seoul pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan) bersama rakannya yang dituduh bersubahat dalam kes itu, Choi Soon-sil. Soon-sil turut menolak tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap beliau. Reuters

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 May 2017 8:05 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: