Kategori Berita Utama

Parlimen Belia Malaysia bersidang April depan

Parlimen Belia Malaysia (PBM) adalah pentas utama bagi anak muda Malaysia tampil dengan idea-idea demi pembangunan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, PBM akan bersidang pada April 2014 manakala pilihanraya PBM akan diadakan pada Februari atau Mac 2014.

KJ masih di depan dalam persaingan merebut kerusi nombor 1 Pergerakan Pemuda setakat 7.30 malam

Khairy Jamaluddin

“Usul-usul yang diluluskan oleh PBM akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri sebagai suara dan luahan hati anak muda, dan Kementerian Belia & Sukan akan bertindak atas cadangan-cadangan yang dibuat,” ujar ahli Parlimen Rembau itu menerusi twitternya.

Katanya, PBM juga akan menjadi ‘training ground’ bagi pemimpin-pemimpin masa depan negara sebagai seorang wakil orang muda yang diberi amanah untuk bersuara demi kepentingan generasi.

Pendaftaran untuk menjadi pengundi PBM kini terbuka di www.parlimenbelia.gov.my

Manakala pendaftaran untuk menjadi calon PBM akan dibuka pada bulan Januari 2014. – 11/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 November 2013 11:30 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: