Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Parti komponen BN sambut baik ucapan presiden PM

7 DIS: Keseluruhan ahli UMNO termasuk parti komponen menyambut baik semangat positif yang dilaungkan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Ketua parti komponen MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ucapan yang begitu komprehensif itu memberi suntikan baharu kepada semua ahli UMNO bagi menghadapi perang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Ucapan yang baik dan komprehensif, UMNO BN bangkit dengan masa depan yang cukup baik dengan ekonomi yang baik, perlaksanaan TN50 nyam saya yakin ucapan PM memberi landasan cukup baik dan bersatu menjamin masa depan negara,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.

Bagi Presiden myPPP, Tan Sri M.Kayveas pula, beliau memperlihat yang ucapan Presiden itu sebagai amaran buat semua ahli supaya tidak menggadaikan maruah parti UMNO dengan membuat u-turn seperti mereka yang telah menyertai parti PPBM.

“Warga UMNO perlu bersatu padu, perpaduan antara mereka penting dan ini adalah satu pra menjadi penetuan kepada masa depan negara, itu adalah amaran bahawa kita tidak boleh menggadaikan negara, Kalau pilih salah, itu akan musnahkan bukan sahaja agama bangsa dan negara tetapi juga akan hancurkan segala yang telah ada.

“Gabungan pembangkang tak ada pemimpin yang menjaga hati rakyat dan menjaga masa depan negara, kita berjuang bukan untuk peribadi tetapi untuk masa depan anak-anak kita dan generasi yang akan datang,” ujarnya lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh ahli UMNO menguatkan azam dan menggantung tekad menuju kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan lima seruan.

Pertama, bergerak sebagai satu pasukan.

Kedua, bergerak dengan keyakinan bahawa UMNO berada di landasan betul.

Ketiga, bertindak dengan pantas, selesaikan cabaran yang dihadapi secara syura dan kekeluargaan.

Keempat, bertempur dan bertarung di alam siber dan dunia digital sebagai pejuang siber.

Dan, kelima, bertarung dengan semangat juang dan tekad yang tinggi bahawa kita telah berbuat sehabis baik, berusaha dan merancang semampu mungkin, lalu yang tungal berserahsambil bertawakal kepada Allah SWT

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 4:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]